FIND RECIPES HERE

11 Jun 2015

RESEPI CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING ~ SO CREAMY....

Assalamualaikum...


Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi resepi-resepi kat sini. Pejam celik pejam celik lagi seminggu je nak masuk bulan puasa.Rasa macam sekejap pulak setahun kan.Tahun ni rasa macam nak buat jugak biskut raya seketul dua.Biskut macam tahun lepas.Kalau kerajinan ada la.ho3.Ish apela puasa pun belum dah sebok cakap biskut raya.haha.

Apa citer pulak ngan cream puff ni.Al-kisahnya beberapa minggu lepas member ada share resepi kat facebook.So aku terus la masukkan dalam to-do list.Lagipun nampak macam sedap.Aku pun tak pernah rasa puff2 ni.So apa salahnya try.So bila ada kesempatan aku pun terus la buat.Bahan-bahan pun senang je.




Kesimpulannya cream puff ni memang sedap.Lemak berkrim gitew.Puffnya memang rasa tawar.Tapi bila makan dengan inti manis memang sesuai sangat la..hehe.Lagi sedap makan time sejuk2 fresh dari peti ais.yum yum.Disebabkan puff terbuat banyak (biasela first time tak reti bajet) so aku yang baik ni (jangan nak muntah sangat) bagi sikit kat jiran tetangga (akak ipar je pun.haha),kat akak aku, dan tak lupa kat budak ofis (buat ucapan ke ni).



Cream Puff
Rujukan:shakinafarhan.blogspot.com

CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN

        100g butter
        1 cawan/250 ml air
        150g tepung gandum
        secubit garam
        4 biji telur gred B
        1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA


1.Campurkan butter dan air dalam periuk. Letak atas api. Sambil kacau, masakkan sehingga butter cair.Api slow je ye.

2.Campurkan tepung dan garam.Kemudian masukkan tepung+garam tadi ke dalam periuk yang ada butter tadi.Tutup api dan terus kacaukan cepat2 sehingga sebati. Biarkan doh sejuk.Aku masukkan dalam peti sejuk sebab malas nak tunggu.ngee

3.Pukul telur dan esen vanilla guna sudu//whisker. Masukkan campuran telur sedikit sedikit ke dalam doh yang dah disejukkan tadi sambil pukul dengan mixer.Masukkan aduanan ke dalam plastik bag (yang color putih tu).Gunting sikit hujungnya.(aku tak guna nozel).Kalau ada piping bag pun boleh.

4.Panaskan oven pada suhu 200 celsius.Alaskan loyang dengan baking paper.

5.Pipingkan adunan di atas loyang .

6.Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 20 minit.Pastikan permukaan puff jadi sedikit perang. Tu tandanya dah masak.Kalau masih kekuningan nanti bila keluar oven puff akan mengecut.Kalau belum perang selepas 20 minit tambahkan masa bakar.

7.Bila dah sejuk baru la boleh belah puff di tengah dan pipingkan inti.

8.Taburkan gula icing di atas puff.


FILLING CUSTARD

      6 sudu besar tepung custard
      1/2 cawan susu cair
      3 cawan susu segar
      sedikit esen vanilla
      3 sudu besar gula
      1 sudu besar susu pekat

~Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga sebati.Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau.Setelah menggelegak dan sos sudah sedikit pekat (ketul-ketul) tutup api.Bila sudah sejuk boleh la pipingkan dalam puff.








0 komen:

Post a Comment