FIND RECIPES HERE

3 Jun 2015

RESEPI GARLIC BREAD/ROLL

Assalamualaikum...


Selamat bertemu kembali.skema pulak.wohoho.nampaknya kali ni dah 2 bulan jugak aku tak update resepi. Nasib baik ada cuti tertunggak.Kalau tak tak tau bila ada masa nak try resepi baru..hehe.

Disebabkan aku dapat cuti 2 hari, memang berkobar-kobar aku search nak try resepi apa.Mula-mula ingatkan nak buat roti sarang lebah tetibe bread maker pulak rosak.sedih betul.padahal baru je guna setahun lebih..brand kenwood kot.huhu.

Disebabkan BM dah rosak aku pun takde mood nak buat roti sarang lebah tu. Nak cancelkan bahan-bahan semua dah mix.So,terus tukar buat garlic bread pulak..Dah lama tak menguli by hand rasa macam semput jugak la.haha.


Garlic bread ni mesti semua orang tau partner dia ape.mesti la mushroom soup..Memang sesuai sangat la combination dua2 ni.Lagi-lagi garlic bread homemade memang sedap tak terkata..ngee

Mushroom soup aku tak buat pun.Guna yang ready made sudah..(ayat orang malas nk buat).jeng jeng jeng


RujukanAzlita Masam manis
Garlic Bread/Roll

GARLIC BREAD/ROLL
BAHAN - BAHAN
300g tepung roti
200g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur
25 ml susu segar
6g yis
40g gula
40g butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
CARA - CARA
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan sedikit butter/marjerin diatasnya.
4. Bahagikan doh kepada 4 or 5 bahagian. Canaikan setiap doh memanjang,menjadi bentuk 4 segi tepat (lebih kurang 15cm lebar).Sapukan permukaaan doh dengan garlic spread. Kemudian gulungkan doh.Potongkan doh sama besar menggunakan pisau kepada 3 bahagian (berapa bahagian dipotong depends lebar doh).Susunkan roll di dalam loyang.
5.Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit. Sapukan lebihan garlic spread di atas setiap roll. 
6.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 30 minit menggunakan api atas dan bawah serta fan sehingga permukaan roti sedikit perang. Tambah masa membakar jika perlu. 

GARLIC SPREAD
BAHAN - BAHAN
100g salted butter
6 ulas bawang putih
Daun ketumbar/sup
Secubit garam
Tumbukkan bawang putih sehingga halus.Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

*Bila nak clear cuti ada lagi 11/2 hari,..pening

2 comments: