FIND RECIPES HERE

4 Dec 2013

RESEPI CHOCOLATE CHIFFON CAKE

Assalamualaikum....


Kek chiffon in d house!! ho3. Sekarang baru ku tau macam ni rupanya rasa kek chiffon.Dulu-dulu aku tak tau pun ape beza kek chiffon ngan kek span.Lepas dah buat and rasa dua-dua, memang kek chiffon lagi sedap.Lagi superb kalau baru pas keluar dari peti sejuk, fuh memang rasa nikmat giler.ngeh3

Kek chiffon ni lagi lembut dari kek span.Maybe sebab meringue tu di pukul berasingan.Dah lama nak buat kek ni, tapi time tu belum beli loyang yang berlubang tu,hujung bulan belum gaji pulak tu.heh.So buat la jugak guna loyang biasa,jadi tapi susah sikit nak masak. Gaji je terus beli loyang.wahaha.

Ok la jom tgk resepi.aku usha resepi ni kat My small Kitchen.Tergoda tengok kek pandan dia yang gebu.Thanks kak hazila share resepi ni.Yang dalam ( ) tu aku punya bahan..Cara-cara pulak aku dah ubah siap2 ikut cara aku..Memang banyak menderhaka ni.ho3



PANDAN CHIFFON CAKE (CHOCOLATE CHIFFON CAKE)

Sumber : Sonia, Nasi Lemak Lover
Bahan bahan


5 butir telur kuning (6 butir sbb telur gred C)
20 gms gula pasir (gula kastor)
80 gms minyak jagung (minyak masak biasa)
60 gms air + 20 gms pandan extract ( 80 g air + serbuk koko secukup rasa.haha)
125 gms tepung kek ( self raising flour)

5 butir telur putih (6 butir)
90 gms gula pasir (gula kastor)
1/2 sudu teh perahan lemon ( aku tak letak)
Cara cara
1. Kuning telur dan gula di pukul ringan hingan sebati. Masukkan air dan serbuk koko dan pukul hingga sebati.
2. Tuangkan minyak masak dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4. Masukkan 1/3 adunan adunan tepung ke dalam putih telur, gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5. Masukkan baki 2/3 aduanan tepung dan gaul sekata.
6. Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake, bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam  atau sehingga masak.
7. Apabila kek sudah masak, keluarkan dan terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan hingga ia sejuk.
8. Keluarkan kek dan potong.Kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk.memang nikmat.ehehe


nyum2

0 komen:

Post a Comment